Monday, February 7, 2011

k e m b a r a a m i r a :)

SINOPSIS.



BAB 1.
Musim cuti sekolah, Amira Amir dan Jacinta menyertai ekspedisi arkeologi yang diketuai oleh ibunya, Profesor Zaidah dengan dibantu oleh Dr. Zawawi dan kumpulan pelajar tahun akhir sebuah universiti. Mereka membuat penyelidikan tentang kehidupan masa lalu yang berusia beribu-ribu tahun dahulu. Kajian dilakukan di Bukit Mat Raya yang terletak di Banjaran Titiwangsa. Bapa Amira iaitu Amir ialah jurutera komputer sebuah syarikat multinasional negara yang kini sedang bertugas di Eropah.
                Mereka menaiki kereta api untuk menuju ke destinasinya. Ketika berada di dalam kereta api, Amira mengelamun pelbagai perkara. Dia teringat akan kejayaannya memujuk Jacinta, rakan sebiliknya untuk menyertai ekspedisi itu dengan memberikan harapan untuk menemui batu kuarza yang amat diminati Jacinta. Apabila memandang ke langit yang ada bulan sabit dan bintang, dia teringat ada lapan puluh lapan buruj di langit. Berdasarkan pengetahuannya tentang ilmu bintang, dia mengetahui bahawa kereta api kini sedang bergerak ke arah timur laut.
                Di dalam koc kereta api, Amira terpandang Malique bersama seorang lelaki tua Inggeris yang juga sedang memandangnya. Malique didesak oleh ibunya seorang ibu tunggal supaya menemani lelaki Inggeris itu. Kemudian Amira menghantar e-mel kepada ibunya supaya Pak Lias menunggu mereka di Stesen Kereta Api Dahan Hijau. Dia membaca e-mel terbaharu ibunya tentang peta lokasi ekspedisi dan penemuan tulang karpus yang mengandungi pecahan tulang antara lapan hingga dua belas. Jika tulang itu ada lapan serpihan, pemiliknya ialah manusia. Dia akan memasukkan penemuan terbaharu itu di laman web ibunya.
                Di hutan belantara Banjaran Titiwangsa, ekspedisi arkeologi ibunya diganggu orang kerana didapati ada tiga khemah yang talinya seperti telah dipotong orang. Khemah itu melindungi tapak cari gali yang baharu dikorek oleh kumpulan pelajar yang terdiri daripada tiga orang bagi setiap kumpulan. Malam itu hujan, Profesor Zaidah dan ahli rombongannya berasa bimbang jika luang itu akan dipenuhi air hujan.
BAB 2.
Mereka sampai di Stesen Kereta Api Dahan Hijau pada waktu pagi. Ketika mereka sedang menunggu kedatangan Pak Lias, Amira terserempak lagi dengan Malique. Jacinta pula terkenang akan kisah hidupnya yang kematian ibu sejak empat tahun yang lalu. Dia dihantar ke sekolah swasta. Ayahnya, seorang ahli perniagaan yang sentiasa sibuk dan kini telah berkahwin lain. Rumah mereka di tepi pantai Batu Feringghi di Pulau Pinang dijaga oleh Baba Teck dan Nyonya Sim dan kini tentu mereka risau kerana Jacinta tidak pulang ke Pulau Pinang musim cuti kali ini.
                Dalam perjalanan ke Bukit Mat Raya dengan menaiki kereta pancuan empat roda yang dipandu oleh Pak Lias, kereta yang dinaiki oleh Malique dan John O’Hara yang dipandu oleh Roslan memintas kereta mereka. Sekali lagi Amira dan Malique saling terkejut dan tertanya-tanya tujuan mereka ke destinasi itu. John O’Hara bimbang ekspedisi arkeologi yang diketuai ibu Amira akan mengganggu projeknya.


BAB 3.
Malam itu di puncak Bukit Mat Raya, Amira dan Jacinta berbual-bual tentang kisah hidup Jacinta. Amira mengetahui bahawa bapa Jacinta akan mengirimkan tiket kapal terbang untuk Jacinta ke London setelah terbaca SMS. Amira tidak sengaja membaca SMS itu kerana telefon bimbit mereka serupa.
                Amira mengajak Jacinta menyertai ekspedisi itu supaya Jacinta memounyai ruang untuk menilai kembali tindakannya yang tidak dapat menerima kehadiran ibu tiri dan cuba menjauhkan diri daripada bapanya. Professor Zaidah datang dan mengingatkan mereka supaya patuh pada peraturan iaitu wajib tidur awal. Dia juga memujuk Jacinta supaya menerima ibu tirinya dan berjanji akan menghubungi bapa Jacinta untuk memberitahu penglibatan Jacinta dalam ekspedisi arkeologi itu.
BAB 4.
Pagi itu, ketika kabus masih tebal di puncak Bukit Mat Raya, penghuni Desa Karpus iaitu ahli kumpulan Dr. Zaidah mandi-manda di Air Terjun Angin yang terletak di kaki bukit. Kawasan yang melibatkan cari gali bahan arkeologi itu diberi nama Desa Karpus setelah mereka menemui tulang karpus. Di situ Amira dan Jacinta berkenalan dengan Malique. Malique hanya sempat memberitahu bahawa dia ke situ bersama-sama lelaki tua berbangsa Inggeris atas desakan ibunya. Dia juga memberitahu bahawa dia seakan-akan mesra dengan hutan walaupun baharu pertama kali datang ke situ. Kemudian Malique meninggalkan mereka berdua setelah memberikan alamat e-melnya kepada Amira.
                Selepas mandi, mereka bersarapan dengan menu istimewa iaitu daging rusa bakar. Mereka sempat bergurau dengan Dr. Zawawi. Mereka berbicara pula tentang beberapa perkara aneh yang berlaku di sekitar khemah mereka antaranya tali khemah mereka dipotong dua. Dr. Zawawi cuba menenangkan perasaan ahli pasukan itu tetapi Rusdi ketua pelajar mengatakan bahawa Profesor Zaidah mengetahui perkara yang sebenar. Professor Zaidah terpaksa berterus terang mengatakan bahawa pasukan mereka mungkin diancam oleh kumpulan pencari gali emas. Seorang pakar telah ditugaskan untuk menilai kandungan emas di bukit itu oleh sebuah syarikat di Pulau Pinang.
                Penemuan tulang karpus itu menjadi ancaman kepada mereka kerana kawasan Bukit Mat Raya mungkin akan digazetkan sebagai kawasan arkeologi. Mungkin kejadian aneh di sekitar khemah mereka adalah perbuatan kumpulan itu supaya pasukan Profesor Zaidah berasa takut lalu meninggalkan bukit itu.






BAB 5.
Pagi itu Amira menunggu Malique di kawasan Air Terjun Angin sambil keindahan orkid-orkid liar yang tumbuh di celah-celah batu. Malique tidak muncul walaupun telah dua jam Amira di situ. Jacinta datang lalu mengusik Amira yang menunggu kehadiran Malique. Amira ingin mendapat kepastian daripada Malique tentang kumpulan pencari emasnya itu. Jawapan daripada Malique dapat membantu Amira meredakan keresahan pasukan cari gali barang purba yang diketuai ibunya.
                Tanpa diduga Amira jatuh tergelincir kerana keadaan batu yang berlumut dan licin lalu dihanyutkan oleh air sungai yang mengalir deras. Jacinta pula sesat di hutan ketika dia berusaha untuk menyelamatkan Amira. Amira diselamatkan oleh Itai dan bapa saudaranya, Tau. Tengah hari itu, Amira dan Itai makan ikan bakar yang disediakan oleh Itai. Amira tidak faham dengan sikap bapa saudara Itai kerana menganggap kajian yang dilakukan oleh ibunya mengganggu ‘mereka’. Amira juga mempelawa Itai menyertai mereka menggali jika berminat. Kemudian Amira dihantar balik ke Desa Karpus.

BAB 6.
Seluruh penghuni Desa Karpus mencari Jacinta yang hilang di hutan kecuali Pak Lias dan Amira. Mereka dibahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang diketuai oleh Tau dan yang diketuai oleh Itai. Setelah empat jam mencari, akhirnya Jacinta ditemui pengsan di celah banir pokok balak oleh kumpulan yang diketuai oleh Tau. Itai dan bapa saudaranya Tau ialah suku Orang Asli Semai.
                Pagi itu Amira mengelamun teringat akan peristiwa yang menimpanya dan Jacinta. Kemudian dia mendapatnya ibunya yang sedang meniliti bahan-bahan yang telah ditemui di khemah kerja. Ibunya menjelaskan tentang perbezaan antara tulang manusia dengan tulang haiwan dan kehidupannya sebagai anak kampung. Dia juga menegur sikap Amira yang membahayakan dirinya dan Jacinta. Amira berasa bimbang jika ibunya menyuruh dia meninggalkan Desa Karpus dan balik ke rumah neneknya di Kulim ekoran sikapnya yang bakal mengundang kesusahan kepada pasukan arkeologis itu. Ibunya mengingatkan Amira agar berfikir dan membuat pertimbangan dengan waras sebelum mengambil sesuatu tindakan.

BAB 7.
Stelah berada di Pulau Pinang selama dua hari, Malique dan O’Hara pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat dari Pulau Pinang ke KLIA. Malique berasa bosan ketika berada di Pulau Pinang kerana dia tidak dibenarkan mengikuti perbincangan kumpulan pelaburan yang akan melabur dalam syarikat pencari gali emas yang diadakan di beberapa tempat di Batu Feringghi. O’Hara menceritakan kisah hidupnya dan tentang parut besar di tepi mata. Dia pernah bekerja sebagai buruh di lombong opal di tengah-tengah benua Australia. Disebabkan berasa bosan akibat diberi tekanan supaya bekerja 12 jam sehari di dalam terowong yang panas dan sempit, dia bergaduh dengan ketua yang dianggap kejam dan mengakibatkan parut di tepi matanya. Kemudian dia terlibat dengan kerja-kerja mencari emas di kawasan Bukit Mat Raya. O’Hara menyuruh Malique memasukkan laporan tentang emas ke dalam komputer untuk membolehkan pelabur-pelabur itu mengetahui perkembangan melalui internet.
                Profesor Zaidah dan pemandunya Pak Lias menuruni bukit dengan menaiki kereta pancuan empat roda untuk ke stesen kereta api bagi mengambil barang-barang yang dihantar oleh syarikat pengangkutan untuk kegunaan kerja-kerja arkeologi. Dalam perjalanan, Pak Lias menegur sikap Profesor Zaidah yang mengabaikan Amira. Profesor Zaidah mempertahankan tindakannya dengan mengatakan bahaw dia mengalami pelbagai tekanan dalam kerja-kerja arkeologi kali ini iaitu daripada pembalak, kumpulan pencari emas dan orang asli di kawasan itu. Profesor Zaidah pula menanya tentang keluarga Pak Lias. Tiba-tiba mereka mengalami kemalangan kerana brek kenderaan itu tidak berfungsi.

BAB 8.
Ludin, ketua kampong dan abang kepada Tau menasihati Tau supaya melupakan isterinya Ipah yang telah menghilangkan diri dan tidak mengganggu kumpulan arkeologi itu. Tau mengasingkan diri sejak peristiwa itu dan dia menentang pencerobohan yang dilakukan di kawasan itu. Apabila Ludin mengalihkan serita tentang Itai, Tau kelihatan gembira. Ludin menyerahkan ananknya, Itai kepada Tau supaya remaja itu tahu selok-belok hutan dan cara-cara memburu kerana Itai akan menjadi ketua kampong. Tau menceritakan kehebatan Itai menyelamatkan Amira dan menangkap ikan tanpa sebarang alat yang menyebabkan Amira berasa kagum.
Ketika  Jacinta makan bubur dengan ditemani Amira, Itai dating melawat mereka dengan membawa buah-buahan hutan. Merek aberkenalan. Itai mengatakan bahawa dia masih berdekolah dan tinggal di asrama. Amira menjelaskan bahawa kawasan itu akan dieceroboh oleh pencari gali emas, tetapi jika ibunya dapat membuktikan bahawa kawasan itu layak menjadi tapak arkeologi, kerja-kerja cari gali emas tidak akan dibenarkan.
                Dengan merujuk ensiklopedia yang terdapat dalam perisian komputer bimbitnya, Amira menjelaskan  bahaw banyak tanah akan diproses untuk mendapat emas yang sedikit. Selain itu mereka akan menggunakan raksa untuk memisahkan emas daripada tanah. Raksa akan memusnahkan alam. Budaya orang asli juga akan musnah. Ketika mereka berbual-bual, Rusdi mnyampaikan berita bahawa Profesor Zaidah kemalangan.

BAB 9.
Peristiwa kemalangan itu amat menakutkan Profesor Zaidah. Dengan kecekapan Pak Lias, kereta itu tidak masuk ke dalam gaung sebaliknya menghimpit tebing bukit yang ditumbuhi belukar. Kereta itu kemudiannya terjunam ke dalam sungai dan perlahan-lahan dibawa arus sungai. Dengan kecekapan pak Lias juga, Profesor Zaidah yang telah pengsan dapat dibawa keluar dari kereta. Profesor Zaidah menyatakan kekesalannyankerana lebih mementingkan kerja daripada Amira yang baharu berhadapan dengan maut. Dr. Zawawi dating dan mencadangkan supaya kerja-kerja arkeologi diberhentikan buat sementara waktu setelah berlaku tiga tragedi secara berturut-turut di samping kumpulan mereka diganggu dengan pelbagai misteri pada waktu malam.
                Namun saranan itu dibantah oleh Profesor Zaidah, sebaliknya dia berasa kesal dengan sikap Dr. Zawawi tang telah mula lemah semangat. Kemudian datang Rusdi untuk mendapat arahan bagi meneruskan kerja-kerja mencari gali. Kecekalan Rusdi dan pelajar-pelajarnya memberikan semangat kepada Profesor Zaidah untuk meneruskan pencarian mereka. Itai dan Ludin dating merawat pergelangan Profesor Zaidah yang patah dengan menggunakan rawatan tradisional.

BAB 10.
Setelah tiga hari meninggalkan kawasan hutan Bukit Mat Raya, Malique dan O’Hara kembali ke tempat itu. Roslan menceritakan tentang pergaduhan pekerja-pekerja cari gali emas ketika bermain judi. Sepanjang ketiadaan O’Hara, Ah Chin yang menjadi ketua pekerja pergi berburu. Roslan juga menceritakan tentang tiga kejadian yang menimpa kmpulan arkeologi termasuk tragedi hanyut ketika menunggu Malique di kawasan air terjun. Malique berasa tidak sabar untuk menemui Amira.
                Amira menanya tentang herba yang digunakan oleh Ludin, bapa Itai untuk mengubati retak tangan ibunya. Itai mengatakan bahawa banyak rahsia hutan iaitu daun, kulit akar dan haiwan ada hubungan yang menjadi rahsia orang asli di situ. Amira teringat yang mereka pernah bertemu dengan Itai dalam Pameran Saintis Muda 2002. Negeri yang diwakili oleh Itai mengemukakan tentang penggunaan herba dalam rawatn moden mendapat tempat kedua. Itai juga menanya cara mencari maklumat tentang perubatan herba melalui internet. Jacinta mengatakan supaya maklumat dicari memalui laman ayurvedic. Itai mengatakan bahawa dia tahu tentang kawasan yang banyak mengandungi emas.

BAB 11.
Tau memerhatikan Desa karpus yang semakin sukar untuk dihampiri kini, sedangkan tapak itulah tempat dia berkunjung hamir setiap malam sejak berbelas-belas tahun dahulu. Di situlah kapal terbang yang dipandu Ridley terhempas. Ridley dan isterinya Brenda terkorban tetapi bayi perempuan mereka terselamat. Ridley masuk ke hutan itu untuk membuat kajian tentang pertilia di Kepulauan Melayu. Bayi itu dipelihara oleh ibu bapanya dan diberi nama Ipah. Ipah kemudiannya menjadi isteri Tau. Johnny dari Australia dating untuk menyelamatkan bahan kajian Ridley, mengesan kubur Ridley dan membawa keluar anak perempuan Ridley yan telah menjadi isteri Tau. Misinya itu Berjaya. Kini Ipah telah lari mengikut Johnny dengan membawa anak lelaki sulung mereka iaitu Sabi. Adik Sabi yang masih bayi ditinggalkan. Sejak itu, Tau menjadi sasau dan suka bersendirian kerana dia amat malu disebabkan kehormatannya sebagai lelaki gagah tercemar.
                Roslan amat risau apabila mendapati Ah Chin dimarahi oleh O’Hara. Dia bimbang pekerja baharu yang dibelasah oleh Ah Chin kerana bergaduh akan membalas demdam. Maliwue berusaha menenangkan perasaan Roslan lalu meminta Roslan menyusun kertas yang berisi data untuk memudahkannya memasukkan data itu ke dalam komputer. Malique ingin menemui Amira apabila mengetahui Amira hampir lemas disebabkan dirinya.

BAB 12.
Pergelangan tangan Profesor Zaidah yang telah pulih setelah dirawat secara tradisional oleh Ludin. Profesor Zaidah menerangkan kepada Ludin tentang tulang karpus yang ditemuinya dapat menyelamatkan hutan daripada kerja-kerja pembalakan dan cari gali emas. Orang-orang asli dapat terus tinggal di situ. Kawasan itu akan menjadi kawasan larangan jika terbukti kawasan itu menyipan khazanah arkeologi.
                Profesor Zaidah juga menerangkan tentang rahsia lapisan tanah yang mewakili satu-satu tempoh mungkin ratusan atau ribuan tahun. Dia juga menjelaskan teori tentang penemuan hanya sebahagian anggota badan sama ada kepunyaan haiwan atau manusia dan zamannya. Selain itu, beliau menerangkan habitat haiwan yang tidak suka membazir. Ludin bersetuju untuk membantu Profesor Zaidah mencari bahan arkeologi yang lain daripada kawasan perkuburan di hutan untuk dijadikan bahan kajian. Tindakannya itu akan mendatangkan bantahan daripada kumpulan orang asli yang menganggap perbuatan itu sebagai suatu pencerobohan.
                Jacinta kecewa kerana masih belum menemui batu kuarza. Dia merajuk lalu meninggalkan Itai dan Amira setelah Itai menanya tentang keluarga dan percutiannya di hutan. Itai bersetuju untuk mendapatkan emas bagi memujuk Jacinta. Malique datang mencari Amira. Apabila Jacinta mengatakan Amira ada bersam-sama Itai, dia menunjukkan perasaan cemburunya. Profeosr Zaidah berasa gembira kerana Amira bijak memilih kawan apabila Malique menemuinya dan menanya tentang keadaan dirinya dengan penuh sopan.

BAB 13.
Itai membawa Amira ke sungai yang pernah menghanyutkannya untuk mencari emas. Emas itu akan dihadiahkan kepada Jacinta sebagai ganti batu kuarza. Amira terperanjat kerana didapati banyak emas yang mudah dikutip dari sungai yang jernih airnya. Itai hanya membenarkan Amira mengambil sebutir emas sahaja. Jika hendak lebih, Amira perlu meminta kebenaran Tau.
                Itai bercerita tentang tamadun Pompeii yang telah musnah akibat aliran piroklastik Vesevius. Dia mengatakan bahawa penduduk Pompeii mati akibat letupan gunung berapi ketika mencari emas. Rangka mereka hanya ditemui berpuluh-puluh abad kemudian oleh pengkaji dengan tangan mereka masih memegang pundi-pundi emas. Ironinya, mereka sanggup berhadapan dengan maut kerana emas.
Dalam perjalanan pulang ke Desa Karpus, mereka ternampak makhluk berkaki dua dan berbulu binatang sedang mengheret manusia yang bertutup matanya. Itai kelihatah ketakutan lalu menarik tangan Amira dan mereka meniarap. Makhluk itu memarahi orang yang ditawannya kerana menceroboh kawasan yang mengandungi emas lalu menghayunkan parang. Itai menutup mata Amira. Itai dan Amira berusaha untuk meninggalkan tempat itu untuk ke rumah Tau bagi mendapatkan perlindungan. Setelah melpasi beberapa anak sungai, mereka disergah oleh satu lembaga.

BAB 14.
Malique terkejut daripada tidur pagi itu apabila terdengar kekecohan di kem mereka kerana seorang pekerja baharu telah dua hari hilang di hutan. Ah Chin mengarahkan Roslan mencari pekerja itu walaupun hujan lebat. Malique teringat pertemuannya dengan Amira kemudian dia pergi ke khemah O’Hara.O’Hara sedang meneliti laporan yang dibuat oleh Malique lalu memuji laporan yang disediakan itu. Malique mendesak O’Hara supaya mendedahkan identity dirinya dan hubungan dengan emak Malique, namun O’Hara berjanji akan membuka rahsia hidup Malique sebelum mereka meninggalkan hutan.
                Malique berharap projek mencari gali emas akan gagal dan hutan terus terpelihara. Walaupun O’Hara melarang Malique terlibat dalam kerja mencari pekerja yang hilang, namun Malique mengikut Roslan mencari pekerja itu. Dalam perjalanan, kenderaan pancuan empat roda mereka tersekat dalam banjir lumpur yang dating dari hulu sungai. Roslan turun untuk mendapat bantuan manakala Malique menunggu di dalam kereta. Kereta it uterus dimasuki air kemudian jatuh ke dalam gaung.

BAB 15.
Petang itu, Amira dan Jacintadengan ditemani beberapa orang pemuda pergi ke perkampungan orang asli untuk melawat Itai setelah dua hari Itai tidak dating ke Desa Karpus. Amira teringat peristiwa Itai membawanya ke sungai mengambil emas untuk dihadiahkan kepada Jacinta walaupun tindakan Itai menyalahi peraturan kaumnya. Itai berbuat demikian demi menghargai persahabatannya dengan Amira dan Jacinta. Amira masih hairan akan sikap Tau yang tidak terkejut apabila diberitahu bahawa mereka terserempak dengan makhluk aneh.
                Apabila sampai di rumah itu, Itai kelihatan terbaring lesu. Apabila didesak oleh Ludin, Amira menunjukkan emas yang diambil di dalam sungai walaupun dia telah berjanji dengan Itai untuk merahsiakannya. Pengakuan Amira itu menyebabkan Itai berhadapan dengan bicara adat. Ludin dan Tau berusaha mempertahankan perbuatan Itai dan Amira yang melanggar undang-undang hutan. Ahli lain yang menghadiri perbicaraan itu bimbang jika Itai tidak dapat menyimpan rahsia dan gagal menjaga keaslian hutan setelah dia dilantik menjadi ketua kaum itu pada masa akan dating. Perbicaraan adat itu akan menentukan sama ada Itai bersalah atau pun tidak. Bagi mententeramkan Itai, Amira meminjamkan komputer ribanya kepada Itai.






BAB 16.
Tanah di sekitar Desa Karpus berlumpur kerana hujan turun sepanjang hari. Kerja mencari gali barang artifak tidak dapat dilakukan. Namun pagi itu, cuaca cerah. Amira dan Jacinta Berjaya menemui barang artifak iaitu tembikar berukir berwarna biru kehitaman. Berdasarkan penemuan artifak itu mereka membuat teori awal bahawa masyarakat zaman itu ada hubungan dengan pedagang maritime. Amira dan Jacinta dipuji melangit menyebabkan kedua-dua orang gadis itu bimbang Rusdi yang menemui tulang karpus berkecil hati.
                Kumpulan Profesor Zaidah ada masa dua belas hari lagi untuk menjalankan kerja-kerja cari gali barang-barang artifak. Itai dan Tau datang ke Desa Karpus kerana Tau ingin membantu kumpulan Profesor Zaidah setelah dia menyedari bahawa pememuan banyak barang artifak dapat menyelamatkan hutan itu daripada diceroboh oleh pembalak dan pencari gali emas. Profesor Zaidah meminta Dr. Zawawi, beberapa orang pelajar, Amira dan Jacinta mengikut Tau untuk melihat perkara yang hendak ditunjukkan oleh Tau. Pak Lias dan Roslan datang ke khemah mereka lalu memberitahu kehilangan Malique. Roslan mengharapkan jasa baik Amira memujuk Itau dan Tau mencari Malique.

BAB 17.
Malique tersedak daripada pengsan dan mengetahui bahawa dia berada di dalam gua. Tangan dan kakinya patah. Dia sedar bahawa ada orang yang datang membantu dan member makanan daging panggang pada setiap hari. Malique mengimbau kenangan ketika kecil. Dia berasa hairan kerana kulitnya agak hitam dan rambutnya keras berbanding ibu dan bapanya. Bapanya hanya dikenali daripada gambar yang ditunjukkan oleh ibunya. Bapanya dikatakan berasal dari Australia dan dia berasa hampa kerana Australia jauh dari Malaysia.
                Sepanjang berada di dalam hutan itu, dia berasakan dirinya ada hubungan dengan hutan dan bimbang kawasan hutan itu akan musnah. Dia juga sering bermimpi yang dirinya akan dimakan oleh haiwan ganas tetapi diselamatkan oleh seorang lelaki. Malique juga berprasangka bahawa ada orang cuba mengkhianatinya setelah dia membuat laporan tentang emas di kawasan itu. Dia mengharapkan O’Hara, Roslan dan Amira akan berusaha mencarinya.

BAB 18.
Dr. Zawawi, Rusdi, Amira, Jacinta dan Itai mengikut Tau ke Gunung Gua Gajah yang tingginya 200 meter untuk melihat artifak arkeologi. Dalam perjalanan ke gua gunung itu, Amira masih teringatkan Malique yang telah hilang dua hari lamanya. Jacinta meminta bantuan Itai untuk mencari Malique bagi menyenangkan hati Amira. Dalam perjalanan, Tau member penerangan tentang panorama hutan dan binatang liar yang hidup di kawasan itu iaitu gajah, badak, rusa, seladang selain beruk, kera, lotong dan mawas yang bergayutan dan melompat dari dahan ke dahan.
                Suasana di dalam gua itu amat gelap dan tiba-tiba Tau member mereka jamung bagi menerangi kawasan yang gelap itu. Tau menunjukkan lukisan di dinding gua yang menggunakan arang. Lukisan itu dapat memberikan gambaran hidup masyarakat pada suatu ketika dahulu. Tiba-tiba Tau hilang. Rusdi pula menjumpai kapak batu yang digunakan oleh masyarakat Neolitik ribuan tahun dahulu. Di antara timbunan najis kelawar di dalam gua itu, Amira terjumpa mobile disk. Ketika mereka keluar dari gua, Tau muncul semula dengan membawa madu lebah yang diisi di dalam tabung buluh.

BAB 19.
Kapak batu dan rakaman lukisan yang diperoleh dari gua di Gunung Gua Gajah telah memantapkan teori kumpulan Profesor Zaidah tentang kehidupan manusia zamam Homo Sapien iaitu zaman Melayu-Proto tang telah membawa perubahan tamadun zaman Neolitik. Amira mengajak Jacinta dan Itai ke khemah mereka. Dia ingin menunjukkan mobile disk yang dijumpai di dalam gua. Amira menghidupkan suis komputer untuk melihat kandungan yang terdapat di dalam mobile disk. Namun, untuk melihat kandungannya, mereka perlu memasukkan kata laluan yang menggunakan lima aksara atau huruf.
                Setelah mencuba beratus-ratus nama menggunakan lima aksara, akhirnya Jacinta mencadangkan kata laluan emas. Amira pula menukar perkataan emas kepada nama saintifik aurum yang menggunakan lima aksara. Ternyata usaha mereka beroleh kejayaan. Jelas bahawa mobile disk itu milik Malique. Mereka membuat andaian awal bahawa Malique masih hidup dan berada di dalam gua itu.

BAB 20.
O’Hara memberitahu kehilangan Malique kepada Jennifer. Jennifer datang ke daerah itu dengan menaiki kereta api dan sampai pada pukul 6 petang. O’Hara teringat pesanan Jennifer supaya menjaga Malique dengan baik ketika di dalam hutan. Dia menyuruh O’ara membawa Malique memasuki hutan supaya Malique mengenali tempat asalnya. Di dalam hati, O’Hara menyalahkan Johnny yang menyebabkan Jennifer dan Malique terpisah daripada keluarga mereka di hutan itu. Johnny diupah untuk melarikan Jennifer.
                Apabila Jennifer sampai di stesen kereta api, Ah Chin terkejut melihat kecantikan Jennifer berbanding anaknya Malique. Di kem Desa Karpus, Amira menunggu kedatangan Tau yang biasanya akan bertenggek di atas tunggul kayu berhampiran kem. Namun Tau tidak muncul.
                Tau pula mengimbau kenangan lama ketika isterinya Ipah membawa anak mereka Sabi lari meninggalkan dirinya pada suatu malam. Beruang menyerang Ipah menyebabkan Sabi tercampak lalu beruang mencarik daging rusuk Sabi. Dengan pantas, Tau melibas parang menyebabkan beruang itu mati. Ipah sempat menyambar Sabi dan terus lari meninggalkan Tau.
                Tautersentak dari lamunan lalu pergi ke gua untuk melihat Malique dengan memakai bulu beruang. Malique terkejut apabila Tau memperkenalkan dirinya sebagai bapa. Tau mengatakan bahawa parut dirusuk Malique menjadi bukti bahawa mereka anak beranak.

BAB 21.
Amira, Jacinta dan Itai pergi ke Gunung Gua Gajah untuk mencari Malique. Pak Lias dan Roslan turut serta. Roslan kemudiannya erpatah balik dan datang semula dengan membawa O’Hara dan Jennifer. Jacinta, Jennifer dan O’Hara menunggu di kaki gunung manakala Itai, Amira, Roslan dan Pak Lias mendaki gunung untuk ke gua mencari Malique. Jennifer mengatakan bahawa dia lebih suka jika pasukan pencari gali barang artifak berjaya dalam misinya supaya hutan terus kekal. Pendirian Jennifer sama dengan pendirian Malique. O’Hara pula ingin supaya misi mencari gali emas Berjaya dan berharap Malique turut menjadi prospector. O’Hara mengatakan bahawa dia faham akan perasaan Jennifer terhadap hutan kerana banyak memori Jennifer di situ. Jacinta terkejut mendengar penjelasan itu.
                Jennifer berusaha untuk menyimpan rahsia hidupnya di hutan itu yang penuh sengsara kerana dia berwajah orang Inggegis. Dia tidak ada kawan dan tidak diterima oleh masyarakat orang asli di situ. Apabila Johnny datang dan mendedahkan identiti dirinya, dia lari meninggalkan hutan itu. Dari jauh, Tau melihat kehadiran Jennifer yang telah menyebabkan kehidupannya seperti haiwan, terbuang , kecewa dan malu dengan tindakan Jennifer melarikan diri.

BAB 22.
Kapal terbang Cessna 310 model 1953 yang dipandu Ridley mengalami kerosakan akibat dipukul ribut di tengah belantara itu. Isterinya Brenda dan anak mereka Samatha turut berada di dalam kapal terbang kecil itu. Ridley yang berasal daripada Australia datang ke Asia Tenggara untuk membuat kajian tentang reptilian. Dia telah berjaya mengumpul beberapa spesies baharu reptilian ketika membuat kajian di Pulau Langkawi. Disebabkan musim tengkujuh di pantai timur Tanah Melayu, dia bercadang untuk pulang ke Australia. Namun, kapal terbangnya terhempas. Dia dan isterinya Brenda terkorban di tengah-tengah belantara itu tetapi Samatha yang masih kecil terselamat.
                Samatha dipelihara oleh Jidin yang berada di kawasan kemalangan itu bersama-sama anaknya Ludin dan Tau. Kehadiran Samatha dalam masyarakat orang asli menyebabkan kehidupan Jidin sengsara kerana masyarakat di situ menganggap Samatha yang berambut merah dan bermata biru merupakan roh jahat. Kehadirannya menyebabkan semangat hutan lari sehingga mereka sukar mencari rezeki. Samatha tidak diterima oleh rakan-rakan sebayanya.

BAB 23.
Amira, Itai, Pak Lias dan Roslan memasuki gua namun tiada tanda-tanda kehadiran manusia di situ. Bekas tapak kaki mereka ketika datang untuk mencari bahan artifak masih kelihatan. Mereka memanjat gua untuk sampai ke puncuk gunung. Cahaya matahari masuk dari lubang atas gua itu. Apabila mendapati ada air mengalir, Itai dan Amira membicarakan tentang kejadian stalaktit di bumbung gua dan stalagmit di lantai gua. Stalaktit dan stalagmit terbentuk hasil tindak balas hujan yang mengandungi asid karbonik dengan batu kapur gua itu. Amira mendapati ada bekas tapak kaki tidak berkasut yang pastinya bukan bekas tapak kaki mereka. Bekas tapak kaki tanpa kasut it menjadi petunjuk baharu kepada mereka untuk meneruskan pencarian.
                Di kaki gunung, Jacinta berasa resah kerana O’Hara asyik merenung emas yang tergantung di lehernya. Oleh sebab itu, dia menyatakan hasrat mendaki gunung untuk bersama-sama mencari Malique. O’Hara mengingatkan Jacinta tentang penyakit claustrophobia iaitusejenis enyakit psikologi yang menyebabkan seseorang itu berasa takut untuk melalui ruang sempit seperti di dalam gua. Dia menceritakan pengalaman pahitnya sebagai pencari opal di gua Australia. Dia bimbang kehadiran Jacinta akan menyebabkan kerja-kerja kumpulan Amira terganggu.
                Roslan mengajar Amira minum air daripada akar pokok mengkelat. Cara mereka menogok air daripada akar itu menyebabkan mereka ketawa. Itai turut ketawa dan suara Itai mendapat tindak balas daripada suatu suara yang mengerang. Itai yakin, ada orang di atas puncak itu.

BAB 24.
Profesor Zaidah berasa risau kerana Amira dan Jacinta tidak kelihatan selepas sarapan. Dia menyesal kerana kerap mengabaikan Amira desebabkan leka dengan kerja-kerja arkeologi. Di dalam hati, Dr. Zawawi berpendapat bagai tiada hubungan perasaan antara Profesor Zaidah dengan ananknya sehingga dia selalu membiarkan Amira membuat tindakan sendiri. Profesor Zaidah mengambil keputusan untuk mencari Amira. Desa Karpus akan diselai oleh Harissa.
                Itai, Amira, Pak Lias dan Roslan telah sampai ke puncak gunung. Itai mengingatkan mereka supaya berhati-hati kerana kemungkinan mereka akan diserang. Pak Lias berasa menyesal kerana tidak menamatkan ilmu persilatan Silat Gerak Songsang dengan Kiai Rashid. Ilmu persilatan itu dapat membantunya dalam keadaan genting seperti itu.
                Di situ kelihatan ada pondok dan unggun api. Berdasarkan beberapa tanda, mereka yakin ada lebih daripada seorang manusia tinggal di kawasan itu. Itai dan Amira memasuki pondok itu, manakala Pak Lias dan Roslan menunggu di luar. Perbuatan mereka diperhatikan oleh makhluk berbulu tebal dengan perasaan marah kerana mereka mengganggu kawasannya. Dia berazam untuk melarikan Malique yang telah dibawanya ke puncak gunung itu. Itai dan Amira Berjaya menemui Malique yang kelihatan lemah dan patah kakinya. Dengan bersusah payah, mereka dapat memapah Malique keluar dari pondok itu.
                Kumpulan Profesor Zaidah yang diketuai oleh Dr. Zawawi terserempak dengan Ludin ketika mereka menuju ke gunung. Setelah mendengar penjelasan Profesor Zaidah tentang kehilangan Itai dan Amira, Ludin berasa sesuatu peristiwa besar akan terjadi dan mendesaknya untuk segera ke gunung itu.




BAB 25.
Makhluk berbulu itu menyerang Roslan dan Pak Lias. Dengan kemahiran silat songsang, Pak Lias nekad untuk menentang makhluk yang bersenjatakan parang. Makhluk itu kelihatan tergamam apabila melihat Itai dan Amira keluar dengan memapah Malique. Dia memberi amaran supaya meninggalkan Malique dan tidak campur tangan dalam pertarungannya. Itai berasa hairan kerana makhluk itu menyerang Pak Lias sedangkan Malique ada bersama-samanya. Itai menuruh Roslan dan Amira memapah Malique turun dari gunung manakala dia dan Pak Lias akan menentang makhluk itu.
                Makhluk itu berhenti menyerang seketika apabila disedari Itai turut menentangnya. Dia berusaha untuk tidak menyerang Itai. Pak Lias mengatur strategi dengan mencari kelemahan makhluk itu dan didapati kelemahan makhluk itu ialah apabila dia terlalu marah. Apabila makhluk itu melompat hndak menerkam Pak Lias, Pak Lias pun melepaskan tumbukan di bahagian kelangkang makhluk itu menyebabkan makhluk itu tersungkur lalu Pak Lias merampas parangnya. Ketika Pak Lias hendak memarang makhluk itu, Ludin yang baharu sampai ke puncak gunung menghalangnya.
                Ludin menarik bulu binatang yang menyarung tubuh Tau. Misteri makhluk berbulu telah terungkai dengan peristiwa itu. Tau menangis hiba dan mengatakan kepada Ludin bahawa mereka hendak merampas Sabi atau Malique daripadanya. Ludin memujuk Tau dengan mengatakan bahawa kedua-dua orang anaknya telah kembali kepadanya. Profesor Zaidah, Dr. Zawawi dan Rusdi sampai di gunung itu bersama-sama Ludin masih tertanya-tanya dengan peristiwa yang baharu disaksikan dan hubungan Jennifer dengan keluarga orang asli itu.

BAB 26.
Ludin, Jennifer dan O’Hara saling bertelingkah atas tragedi itu. Ludin menuduh O’Hara sama seperti abangnya Johnny yang suka menyusahkan hidupnya. Ludin mengajak mereka kembali ke perkampungan orang asli untuk menyelesaikan masalah mereka tetapi Jennifer enggan kerana masih teringat akan pengalaman pahitnya yang disisihkan oleh masyarakat orang asli. Akhirnya Itai meminta Amira membuat keputusan. Amira memutuskan supaya mereka berbincang di Desa Karpus. Profesor Zaidah berusaha untuk menjadi orang tengah tanpa memihak kepada sesiapa.
                Ludin meminta Jennifer bercerita secara jujur. Jennifer mengaku bahawa Tau ialah suaminya. Pengakuan itu memeranjatkan semua pihak terutama Malique dan Itai. Kini Itai mengetahui bahawa hubungannya dengan Malique ialah adik-beradik dan bapa kandungnya ialah Tau bukannya Ludin. Tau menanya Jennifer sebab dia lari dari hutan dengan membawa Sabi tetapi meninggalkan Itai yang masih bayi. Jennifer mencurahkan perasaannya dengan mengatakan bahawa dia hidup sengsara kerana tidak diterima oleh masyarakat di situ tetapi apabila dia keluar dari hutan dengan mengikut Johnny, dia lebih sengsara kerana diserang perasaan bersalah. Dia juga berazam untuk datang semula ke hutan bagi mengambil Itai dan mempertemukan Malique dengan bapanya tetapi Johnny terlebih dahulu meninggal dunia.
                Jennifer meminta kebenaran untuk membawa Malique pulang tetapi Malique enggan. Dia hendak tinggal di hutan itu bersama bapa dan adiknya sehingga dia sembuh. Tau kelihatan sangat berpuas hati. Sebelum Roslan masuk ke dalam kereta untuk membawa Jennifer dan O’Hara pulang, Malique membisikan kepada Roslan bahawa dia akan meneruskan kerjanya membuat laporan seperti yang diarahkan oleh O’Hara. Tau meminta maaf daripada Pak Lias dan mengaku bahawa dia dipengaruhi oleh roh beruang lalu bertindak ganas apabila memakai bulu beruang.

BAB 27.
Amira melanjutkan pelajaran dalam bidang aeroangkasa di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Kini, dia bersiap sedia untuk pulang bercuti setelah tamat peperiksaan akhirbagi tahun satu. Hutan dan rakan-rakannya iaitu Jacinta, Malique dan Itai terukir dalam ingatannya. Pengalaman di dalam hutan amat berharga dan sukar baginya untuk mencari pengganti Jacinta, Malique dan Itai. Amira memeriksa e-mel daripada komputer  bimbitnya. Ada lima e-mel iaitu daripada Itai, Malique, Jacinta, Profesor Zaidah dan Dr. Zawawi.
                Berdasarkan e-mel, Amira mendapat tahu bahawa Itai melanjutkan pelajarandalam bidang perubatan di Kubang Kerian. Dia masih mengingati kenangan di hutan dan kini berusaha untuk menerima Malique sebagai abangnya dan Tau sebagai bapanya. Dia juga berasa Malique lebih layak menjadi ketua kampung. Malique pula sedang sibuk dengan projek teknologi komunikasi untuk penduduk di Dahan Hijau. Roslan menjadi pembantunya. Projeknya itu mendapat sokokngan daripada orang politik. Malique juga mengucapkan terima kasih kepada Profesor Zaidah kerana berusaha mendapatkan sokongan kewangan dan membantunya. Malique mengatakan bahawa projek cari gali emas telah gagal kerana dia telah menghapuskan data dan laporan daripada komputer dengan serangan virus ciptaannya sendiri. Malique juga telah putus hubungan dengan O’Hara dan kini berusaha memujuk emaknya yang tinggal di Melaka untuk dating kembali ke hutan.
                Jacinta pula belajar dalam bidang rekaan fesyen di Paris di samping menbantu perniagaan bapanya. Dia juga mengatakan bahawa emas yang dihadiahkan oleh Itai dan Amira masih dipakainya tetapi itu hanyalah besi pirit, bukan emas tulen. Ibunya Profesor Zaidah masih berada di Bukit Mat Raya kerana projek arkeologi mengesan khazanah Melayu yang hilang dan tenggelam di dalam laut. Projeknya itu dikendalikan oleh syarikat swasta. Tugasnya denga projek Profesor Zaidah siambil alih oleh Rusdi. Kini kapalnya berlabuh di Kuala Gula selama seminggu. Dia mempelawa Amira datang ke chalet tempatnya bekerja.









TEMA.
·         Perasaan kasih dan sayang itu bersifat global.
Tau amat menyayangi anak-anak dan isterinya Ipah. Apabila Ipah atau Jennifer lari meninggalkannya dengan membawa Sabi, Tau menjadi sasau lalu menyisihkan diri di belantara. Dia meninggalkan perkampungan prang asli dan hidup seperti haiwan. Anaknya Itai yang masih bayi dipelihara oleh Ludin, abangnya. Namun begitu, dia tetap menyayangi Itai. Dia mengalirkan ilmu tentang hutan, tentang mengesan sesuatu di dalam hutan dan ilmu perburuan kepada Itai. Apabila Malique diselamatkan oleh Itai dan Amira, dia tidak menyerang Itai, sebaliknya dia menyerang dan ingin membunuh Pak Lias dan Roslan walaupun Itai yang bertanggungjawab membawa Malique keluar dari gua itu.

·         Profesor Zaidah amamt menyayangi anaknya Amira.
Dalam kesibukan dengan kerja-kerja arkeologi, dia tetap mencari peluang untuk memastikan Amira ada bersama-samanya.

·         Amira amat menyayangi rakannya Jacinta.
Dia berusaha untuk menghilangkan kesedihan Jacinta akibat kematian ibu dan berhadapan dengan konflik perasaan yang enggan menerima kehadiran ibu tiri. Lantaran itu, dia membawa Jacinta turut serta dalam ekspedisi arkeologi ibunya.

·         Jennifer menyayangi anak-anaknya.
Dengan bersusah payah Jennifer turut membawa Sabi lari meninggalkan hutan dan berazam untuk dating semula ke perkampungan orang asli di hutan itu untuk mengambil Itai. Jennifer juga dating semula ke hutan itu apabila mengetahui Malique hilang.












PERSOALAN.
·         Persoalan pencemaran alam dan pemusnahan hutan.
Manusia sanggup berbuat apa-apa sahaja demi harta dan kekayaan. Mereka meneroka hutan untuk tujuan pembalakan dan cari gali emas. Sikap mereka telah menyebabkan alam tercemar, sungai kotor dan banjir kerap berlaku. Malique hilang setelah kereta pancuan empat roda yang dinaikinya tersekat, kemudian ditolak arus deras yang mengandungi ranting dan lumpur lalu jatuh ke dalam gaung.

·         Kehidupan orang asli.
Tau, Ludin dan Itai merupakan orang asli yang tinggal di kawsan perkampungan orang asli di belantara itu. Mereka cekap mengesan sesuatu di dalam hutan. Tau boleh mengetahui jantina seseorang berdasarkan bekas tapak kaki dan dapat menghidu sesuatu yang dibawa angin. Dia dapat mencari Jacinta. Mereka kecap mencari khazanah hutan dan menangkap ikan. Itai mampu menangkap ikan di sungai tanpa menggunakan sebarang alatan. Bijak dalam ilmu perubatan. Ludin dapat merawat pergelangan tangan Profesor Zaidah yang retak dengan menggunakan daun-daun herba. Mereka juga mempunyai peraturan dan undang-undang bagi melindungi khazanah hutan. Itai dibicarakn dalam mahkamah adat kerana membocorkan kandungan emas di dalam sungai kepada Amira. Mereka percaya kepada roh jahat. Wajah, mata, rambut dan kulit Jennifer yang lain menimbulkan rasa benci kepada mereka.

·         Semangat setia kawan.
Amira mengajak Jacinta menyertai ekspedisi mencari gali bahan arkeologi untuk menghiburkan Jacinta yang sedang dalam kesedihan. Amira dan Itai sanggup berbuat apa-apa sahaja demi kebajikan sahabatnya. Mereka meredah hutan dan sungai untuk mendapatkan emas untuk dihadiahkan kepada Jacinta setelah Amira gagal mendapatkan batu kuarza yang sangat diminati oleh Jacinta. Itai pula sanggup melanggar peraturan hutan demi sahabatnya. Amira dan Itai berhadapan dengan bahaya apabila menyelamatkan Malique yang disembunyikan oleh Tau di puncak gunung. Mereka tetap berhubungan sesama masing-masing untuk menceritakan perkembangan diri melalui e-mel apabila mereka berpisah.  Malique pula mengambil Roslan menjadi pembantunya dalam projek teknologi komunikasi untuk penduduk kampong dan penduduk di Dahan Hijau.

·         Penerapan ilmu bantu sejarah, geografi, astronomi, arkeologi dan teknologi komunikasi.
Itai membicarakan tentang tamadun Pompeii yang musnah akibat aliran piroklastik Gunung Vesevius. Sejarah membuktikan bahawa manusia sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan harta kekayaan. Penduduk Pmpeii mati akibat bahang gunug berapi ketika mereka mencari emas di kawasan gunung berapi itu.

·         Persoalan khazanah hutan.
Dengan ilmu tentang khasiat pokok-pokok di dalam hutan sebagai rawatan penyakit, Itai dan kumpulannya telah menaikkan nama negeri yang diwakilinya setelah berjaya meraih tempat kedua dalam Pameran Saintis Muda 2002. Ludin berjaya memulihkan pergelangan tangan Profesor Zaidah yang retak menggunakan daun-daun herba hutan. Tersimpan pelbagai jenis artifak di hutan seperti yang dijumpai oleh kumpulan arkeologi Profesor Zaidah.

·         Konflik keluarga.
Jennifer terpisah dengan keluarganya di Australia setelah kapal terbang Cessna yang dipandu oleh bapanya, Ridley terhempas. Ibunya, Brenda turut terbunuh tetapi Samantha yang kemudiannya diberi nama Ipah, terselamat. Ipah dipelihara oleh Jidin dan membesar bersama-sama anak lelakinya Tau dan Ludin. Ipah berkahwin dengan Tau dan mempunyai dua orang anak. Dia kemudiannya lari mengikut Johnny keluar dari hutan dengan membawa Sabi yang kini Malique.  Jennifer meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap kumpulan orang asli yang tidak mahu menerima kehadirannya. Jacinta pula tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya setelah kematian ibunya empat tahun lalu lalu merajuk. Profesor Zaidah pula sering mengabaikan Amira ketika berada di dalam hutan kerana sibuk dengan kerja-kerja arkeologinya.

·         Melestarikan kawasan hutan.
Kumpulan orang asli yang diwakili oleh Ludin, Tau, Itai dan Malique berusaha untuk melestarrikan hutan dan mengekalkan budaya mereka. Oleh itu, kumpulan luar yang dating menceroboh hutan termasuklah kumpulan Profesor Zaidah sering diganggu oleh Tau yang menyamar sebagai makhluk berbulu berkaki dua. Malique telah memusnahkan data dan laporan tentang kandungan emas yang terdapat di dalam hutan itu supaya projek mencari gali emas gagal dan hutan dapat diselamatkan. Penghapusan data di dalam komputer itu dihapuskan dengan virus citaannya sendiri. Ludin sanggup berhadapan dengan penentangan puaknya sendiri kerana menbantu Profesor Zaidah mencari gali tulang-tulang manusia zaman purba dengan mengorek kubur-kubur leluhur mereka.

·         Remaja pintar.
Amira, Itai, Jacinta dan Malique Berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang masing-masing. Itai mengikuti kursus perubatan di Kubang Kerian. Amira belajar dalam bidang aeroangkasa di sebuah university di Kuala Lumpur. Malique menguruskan projek teknologi komunikasi untuk membangunkan orang-orang kampungnya dan penduduk Dahan Hijau. Jacinta pula melanjutkan pelajaran di Paris dalam bidang reka fesyen  di samping membantu perniagaan bapanya.

·         Kerja-kerja penyelidikan.
Profesor Zaidah dan pasukannya melakukan kerja-kerja penyelidikan arkeologi bagi mendapatkan gambaran kehidupan manusia zaman purba. John O’Hara pula melakukan kerja-kerja penyelidikan untuk mengetahui kandungan dan kualiti emas di kawasan hutan itu.

·         Saling membantu.
Itai dan Tau membantu mencari Jacinta yang hilang di hutan. Ludin mengubati pergelangan tangan Profesor Zaidah yang retak akibat kemalangan. Profesor Zaidah dan pasukannya bertungkus lumus mencari bahan arkeologi sebanyak mungkin. Profesor Zaidah juga membantu Malique mendapatkan dana bagi membiayai projek teknologi komunikasi untuk membangunkan penduduk kampungnya dan penduduk Dahan Hijau.

PLOT.
PERMULAAN CERITA ATAU PENGENALAN.
Permulaan penceritaan dengan pengenalan watak-watak utama. Amira dan Jacinta merupakan pelajar sebuah sekolah swasta. Amira ialah anak kepada pasangan Amir, seorang jurutera komputer dan Zaidah seorang profesor di sebuah universiti. Jacinta pula anak kepada seorang jutawan dan usahawan yang telah kematian ibu. Dia mengalami konflik perasaan sehingga mudah merajuk. Kedua-duanya berminat dalam lapangan arkeologi lalu menyertai ekspedisi Profesor Zaidah mencari gali bahan purba di Bukit Mat Raya. Malique pula anak kepada ibu tunggal dan masih keliru dengan keadaan keluarganya kerana ibunya merahsiakan perkara itu. Ketiga-tiga mereka menuju ke Bukit Mat Raya dengan misi yang berlainan. Profesor Zaidah, Dr. Zawawi, Rusdi , Pak Lias serta aktiviti arkeologi mereka turut diperkenalkan.
                Peringkat ini juga memperkenalkan latar tempat iaitu Bukit Mat Raya dan aktiviti di dalam hutan. Gambaran keindahan, Susana tenang dan udara segar di dalam hutan turut dipaparkan. Aktiviti pembalakan di hulu sungai masih berlaku menyebabkan air sungai keruh apabila hujan. Hujan membawa tanah dan lumpur lalu berkumpul di dalam sungai.
PERTENGAHAN ATAU PERKEMBANGAN CERITA.
Cerita mula berkembang dengan wujudnya pelbagai konflik, kemudian puncak cerita. Antara peristiwa-peristiwa yang menggambarkan konflik cerita dalam novel ini ialah apabila beberapa buah khemah kumpulan Profesor Zaidah diganggu orang. Mereka memotong tali khemah dan tindakan tersebut boleh mengganggu tapak cari gali yang baharu dimulakan.
                Amira dan Jacinta berkenalan dengan Malique di Air Terjun Angin tetapi Malique meninggalkan mereka dalam keadaan tergesa-gesa menyebabkan kedua-dua irang gadis itu kabur dengan identity Malique dan tujuannya dating ke hutan itu. Profesor zaidah menjelaskan bahawa projek mereka cuba digagalkan oleh kumpulan pembalak, kumpulan pencari emas dan kumpulan orang asli yang ingin mengekalkan kawasan hutan itu. Oleh sebab itu, kumpulan mereka sering diganggu dengan pelbagai misteri seperti tali khemah yang dipotong, bau asap rokok di tengah malam dan kemalangan yang tidak disangka-sangka.
                 Amira hanyut dibawa arus sungai ketika menanti Malique di kawasan air terjun manakala Jacinta hilang di dalam hutan belantara ketika cuba menyelamatkan Amira. Amira diselamatkan oleh Itai dan bapa saudaranya, Tau. Jacinta yang sesat kerana cuba menyelamatkan Amira pula telah ditemui oleh kumpulan Tau. Mereka berkenalan.
                Profesor Zaidah dan Pak Lias mengalami kemalangan ketika menuruni bukit untuk ke Stesen Kereta Api Dahan Hijau apabila system brek kenderaan pacuan empat roda mereka tidak berfungsi. Pergelangan tangan Profesor Zaidah retak. Ayah Itai, Ludin membantu mengubati kecederaan Profesor Zaidah dengan perubatan berasaskan bahan herba.
                Tau masih mengingati kisah zaman silamnya yang ditinggalkan oleh isterinya, Ipah dan anak kecilnya, Sabi yang menyebabkan dia menjadi sasau lalu menjalani kehidupan seperti haiwan di dalam hutan. Dia menentang habis-habisan semua projek yang dianggap bakal memusnahkan hutan yang menjadi tempat tinggalnya dan budaya orang asli di situ. Dia menyamar sebagai binatang berbulu hitam dan berkaki dua. Di sebalik penyamaran itu, dia bertindak ganas untuk menentang aktiviti penerokaan hutan.
                Itai dan Amira mengambil sebutir emas di dalam sungai yang menjadi rahsia kumpulan orang asli di situ. Itai dianggap telah melanggar undang-undang adat kerana mendedahkan rahsia tersebut kepada orang luar. Dia dikurung lalu dibicarakan di makamah adat. Dia dibebaskan dan dapat dating ke Desa Karpus.
PUNCAK CERITA ATAU KLIMAKS.
Penceritaan sampai ke puncak apabila Malique hilang. Roslan meminta bantuan penghuni Desa Karpus dan Amira untuk mencari Malique. Mereka beranggapan Amira yang berkawan baik dengan Itai, mudah mendapatkan bantuan daripada orang asli. Peristiwa-peristiwa yang menjadi puncak ceriata ialah apabila kenderaan yang dinaiki oleh Malique dan Roslan tersekat ketika melalui jalan tanah merah ketika hujan lebat untuk mencari seorang pekerja pencari gali emas yang hilang. Ketika Roslan cuba mendapatkan bantuan dan meninggalkan Malique di dalam kereta, kereta tersebut tiba-tiba ditolak arus deras dari atas bukit lalu jatuh ke dalam gaung.
                Malique yang patah kakinya diselamatkan oleh Tau. Tau menyembunyikan Malique di dalam gua di puncak Gunung Gua Gajah. Tau amat yakin bahawa Malique itu anaknya Sabi yang telah dilarikan oleh isterinya, Ipah dari hutan berdasarkan parut di bahagian rusuk Malique.
                Jennifer yang dulunya bernama Ipah yang juga isteri Tau dating ke hutan untuk sama-sama mencari Malique yang hilang. Dia terpaksa dating ke hutan itu walaupun hutan tersebut telah bertahun luput dari hatinya. Namun demi anak, dia sanggup menghadapi segala kemungkinan yang timbul. Itai, Amira dan Roslan Berjaya membawa Malique turun dari bukit manakala Pak Lias menentang Tau yang menyamar sebagai haiwan yang telah mengganas apabila mendapati Malique dibawa keluar dari gua. Tau akhirnya tewas.
PELERAIAN DAN PENYELESAIAN.
Semasa perjumpaan di Desa Karpus, Jennifer mengaku bahawa dia ialah isteri Tau. Dia juga mengaku bahawa Malique adalah anak Tau iaitu Sabi yang dilarikannya dahulu. Malique dan Itai juga mengetahui bahawa mereka sebenarnya adik-beradik. Pada pertemuan itu, Jennifer melepaskan perasaan tidak puas hatinya terhadap perbuatan kumpulan orang asli yang menolak dirinya kerana wajahnya yang menyerupai orang Inggeris. Dia dianggap ahli sihir dan membawa bencana di dalam hutan itu.
                Profesor Zaidah mendapat bantuan orang asli untuk mencari gali bahan arkeologi dan berjaya menjadikan kawasan itu sebagai kawasan arkeologi.
 Malique pula telah mengambil keputusan untuk tinggal di dalam hutan itu sehingga kakinya sembuh setelah mengetahui asal usulnya dan Tau sebagai bapanya. Malique menghapuskan data dan maklumat tentang emas di dalam komputernya dengan menggunakan virus ciptaannya bagi menggagalkan projek cari gali emas. Dia ingin memelihara hutan tersebut daripada dimusnahkan oleh pencari gali emas kerana dia sedar bahawa dirinya sebahagian daripada hutan itu.
                Amira, Itai dan Jacinta Berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang masing-masing. Amira dalam bidang aeroangkasa, Itai dalam bidang perubatan manakala Jacinta dalam bidang rekaan fesyen di Paris. Jacinta telah b erbaik-baik dengan bapanya. Malique pula meneruskan usahanya memajukan orang kampong melalui projek teknologi komunikasi dengan bantuan Profesor Zaidah. Dia bakal menjadi ketua kampong bagi menggantikan Ludin. Jennifer pula enggan tinggal di hutan dan terus menetap di Melaka. Malique juga telah putus hubungan dengan O’Hara. Profesor Zaidah meneruskan projek arkeologi fasa keempat di Bukit Mat Raya.























TEKNIK PLOT.
TEKNIK PEMERIAN.
·         Pengarang menggambarkan keindahan alam dan penjelasan tentang orkid liar.
Terdapat beberapa pokok yang dia kenal seperti serpent orchid, coelogynex yrekes dan tiger orchid. Amira tahu di Malaysia sahaja terdapat 25 ribu spesis orkid tetapi bagi dirinya yang paling istimewa ialah tiger orchid.
·         Pengarang membantu pembaca untuk mengetahui pergerakan watak.
“Inilah Gunung Gua Gajah,” Tau bersuara memperkenalkan gunung yang kelihatan amat menarik itu. Sudah pasti gunung ini menjadi tumpuan pendaki-pendaki gunung jika terletak berhampiran kawasan Bandar dan mempunyai system jalan raya yang baik…
TEKNIK DIALOG.
·         Pembaca diberitahu tentang sejarah melalui perbualan antara Itai dan Amira.

“Kenapa dengan Pompeii?”
“Sebuah tamadun yang tenggelam dan musnah akibat aliran piroklasttik. Gunung Vesevius,” sekali lagi Itai akan bercerita.


·         Pembaca diberitahu tentang adat dan peraturan orang asli di dalam hutan melalui dialog Ludin dengan beberapa orang anak buahnya ketika membicarakan Itai.

“…Mampukah dia mempertahankan rahsia ini hingga dia dilantik menjadi ketua di sini satu hari nanti? Kalau sekarang dia sudah gagal menghadapi dugaan, bagaimana masa depan? Masa depan anak kita!”

·         Pembaca didedahkan dengan sejarah manusia zaman purba di Tanah Melayu melalui penerangan Profesor Zaidah kepada Itai, Amira dan Jacinta.

“Neolitik merupakan zaman manusia semakin menitikberatkan penghasilan barang-barang atau alatan yang lebih halus dan licin demi kepuasan pembuatnya dan pemilik alatan tersebut. Sudah banyak penemuan artikaf lama dilakukan seperti beliung, cangku, kapak batu berleher, tembikar….


TEKNIK MONOLOG DALAMAN.
·         Tau berasa gembira di dalam hati apabila Malique menerimanya sebagai bapa.
( Tau senyum dalam hati. Akhirnya dia menang. Akhirnya semua miliknya kembali ke    pangkuannya. )
·         Amira membuat andaian apabila melihat Malique turut berada di dalam kereta api yang dinaikinya.
( Mahu ke mana mereka dengan kereta api yang menuju ke arah kawasan paling pedalaman? Barangkali melancong. Amira membuat andaian.

TEKNIK IMBAS KEMBALI.
·         Di dalam kereta api ke Bukit Mat Raya, Amira teringat kejayaannya memujuk Jacinta menyertai ekspedisi arkeologi ibunya.
·         Tau teringat kehidupannya semasa kecil dan isterinya Ipah yang melarikan diri bersama-sama anak kecil mereka Sabi mengikut Johnny.
TEKNIK KEJUTAN.
·         Malique yang biasa hidup di Bandar, tiba-tiba mengambil keputusan untuk tinggal di dalam hutan sehingga kecederaan kakinya sembuh setelah mengetahui Tau ialah bapanya.
·         Makhluk berbulu dan berkaki dua yang menjadi misteri di dalam hutan, rupa-rupanya Tau yang banyak membantu kumpulan Profesor Zaidah.
TEKNIK SASPENS.
·         Itai dan Amira menyaksikan makhluk berbulu dari leher hingga ke pinggang dan berkaki dua menyeret, menendang, membenamkan mangsa di dalam sungai dan melibasnya dengan parang.
·         Ketika Itai, Amira, Roslan dan Pak Lias pergi ke Gunung Gua Gajah, makhluk berbulu tiba-tiba muncul lalu menyerang Roslan dan Pak Liad tetapi tidak menyerang Itai walaupun Itai yang membawa Malique keluar dari gua itu.
·         Kumpulan Profesor Zaidah diganggu dengan pelbagai misteri dan pada suatu malam tali khemah mereka dipotong orang. Misteri itu menjadi tanda tanya pembaca.
TEKNIK IMBAS MUKA.
·         Malique berasakan dia amat rapat dan sayang akan hutan. Dalam diam dia mensabotaj projek cari gali emas yang bakal memusnahkan hutan itu walaupun dia bekerja bagi pihak pencari gali emas.
·         Pembaca dapat membuat ramalan awal bahawa Malique ialah Sabi, anak Tau yang hilang bersama-sama Ipah.

WATAK DAN PERWATAKAN.
AMIRA.
·         Nama sebenar, Amira binti Amir. Anak tunggal kepada pasangan Amir seorang jurutera komputer dan Profesor Zaidah, pensyarah dan pengkaji arkeologi di sebuah universiti.
·         Remaja belasan tahun dan masih menuntut di sebuah sekolah swasta di Pulau Pinang.
·         Gadis manis yang gemar berpakaian kasual atau tidak formal iaitu seluar khaki, jaket dan bertopi.
·         Bijak / pintar. Dia dapat mengaplikasi ilmu pengetahuan dalam kehidupan sehariannya. Dia mengetahui bahawa kereta api sedang menuju kea rah timur laut berdasarkan sedikit pengetahuannya tentang ilmu bintang. Dia juga dapat membuka mobile disk yang dijumpai di dalam gua walaupun memerlukan kata laluan dan mengetahui pemiliknya ialah Malique. Amira dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang aeroangkasa.
·         Baik hati. Amira berusaha untuk menggembirakan hati Jacinta dengan mengajaknya menyertai ekspedisi arkeologi dan berusaha mencari batu kuarza untuk Jacinta. Namun apabila gagal, dia meminta bantuan Itai untuk medapatkan emas di hutan supaya Jacinta tidak kecewa. Amira juga berusaha membantu mencari Malique yang hilang.
·         Berani. Amira berani mengikut Itai mneroka hutan, mendaki gunung, masuk ke dalam gua dan mengharungi sungai. Kebanyakan aktiviti kembara di dalam hutan bersama-sama Itai dilakukan tanpa memaklumkan kepada ibunya.
·         Jujur. Amira berterus terang kepada Ludin dan Tau tentang emas yang diambilnya dari sungai. Dia juga ingin memulangkan emas itu kepada Ludin.
·         Berhemah tinggi. Walaupun dia anak profesor dan jurutera, dia tetap menghormati Pak Lias, pemandu ibunya. Amira juga menghormati Ludin dan Tau menyebabkan kedua-dua orang asli itu menyenangi Amira. Roslan meminta Amira memujuk Tau mencari Malique disebabkan Amira mempunyai hubungan baik dengan keluarga orang asli itu.
·         Tegas. Amira tegas dengan pendiriannya. Dia berbaik-baik dengan lelaki atas dasar kawan. Dia tidak mudah tergoda dengan rakan-rakan lelakinya walaupun ada antaranya yang menyimpan perasaan suka akan Amira, antaranya Malique.
ITAI.
·         Remaja lelaki dari kulpulan orang asli suku Semai seusia dengan Amira.
·         Anak kedua kepada psangan Ipah atau Jennifer dan Tau.
·         Pelajar sekolah menengah.
·         Bijak. Itai menjadi naib johan dalam pertandingan Saintis Muda peringkat kebangsaan pada tahun 2002 dengan mengemukakan kajian penggunaan herba dalam rawatan moden. Dia dapat menceritakan kepada Amira tentang sejarah Pompeii.itai juga dapat menangkap ikan tanpa menggunakan alat dan menggunakan tali untuk mendaki gunung. Itai melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan setelah tamat sekolah menengah.
·         Sedia membantu orang lain. Dia berusaha memujuk Jacinta yang merajuk kerana ditanyakan hal peribadi. Bersama-sama Amira, Itai mengambil emas dari sungai walaupun melanggar peratuan kaumnya di hutan itu untuk dihadiahkan kepada Jacinta. Itai juga membantu mencari Jacinta dan Malique yang hilang di hutan.
·         Berani. Itai menyelamatkan Amira yang hampir lemas dibawa arus deras sungai. Dia juga mengetuai kumpulan yang mencari Malique. Apabila terserempak dengan makhluk berbulu dan berkaki dua ketika dia sedang memapah Malique, Itai meminta Roslan memapah Malique manakala dia menawarkan diri untuk menentang makhluk itu.
·         Rajin belajar. Apabila cuti sekolah, Itai kembali ke perkampungan dan belajar pelbagai ilmu tentang hutan daripada Tau. Dia mahir mengesan sesuatu di dalam hutan, mahir menangkap ikan di dalam sungai dan kenal pelbagai jenis pokok herba yang terdapat di dalam hutan.
·         Bertanggungjawab. Itai menjaga keselamatan Amira ketika mereka meredah hutan untuk mengambil emas. Dia juga menutup mata Amira apabila makhluk berbulu itu melibas parang ke arah orang yang ditawannya.
JACINTA.
·         Anak hartawan yang menjalankan pelbagai perniagaan di dalam dan di luar negara.
·         Berketurunan Cina dan berasal dari Pulau Pinang.
·         Telah kematian ibu sejak empat tahun yang lalu.
·         Pelajar sebuah sekolah swasta yang seusia dengan Amira.
·         Dia amat meminati Dr. Zawawi.
·         Meminati seni hiasan dan kecantikan. Setelah tamat sekolah menengah, dia melanjutkan pelajaran dalam bidang rekaan fesyen di Paris. Dia juga amat tertarik dengan rantai batu kuarza milik Amira.
·         Mudah merajuk. Jacinta kerap tidak pulang ke banglonya di Batu Feringghi Pulau Pinang pada musim cuti sekolah kerana dia berasa jauh hati setelah bapanya berkahwin lain. Ketika di dalam hutan, Jacinta meninggalkan Amira dan Itai apabila Itai menanya hal peribadinya.
·         Tidak tahan menghadapi cabaran. Jacinta berasa lemas ketika berada di dalam Gunung Gua Gajah. Dia tidak tahan bau busuk daripada najis kelawar. Dia tidak mendaki bukit bersama-sama Amira dan Itai untuk mencari Malique.
·         Mementingkan diri sendiri. Dia tidak memaklumkan kepada penjaganya bahawa dia tidak pulang ke banglonya di Batu Feringghi. Perbuatannya itu menyebabkan penjaganya berasa risau. Jacinta juga tidak mahu bercuti ke Eropah awlalupun bapanya telah mengirimkan tiket kapal terang sebagai protes bapanya yang berkahwin lain. Jacinta tidak mempedulikan perasaan orang lain akibat perbuatannya itu.
MALIQUE.
·         Remaja lelaki berketurunan Inggeris dan orang asli suku Semai.
·         Nama sebenarnya ialah Sabi dan berusia awal 20-an.
·         Anak sulung Tau dan Ipah atau Jennifer.
·         Bertubuh tegap dan besar. Sukar bagi Amira dan Itai membawa Malique keluar melalui pintu gua yang kecil disebabkan tubunya yang besar.
·         Mahir dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Malique ditugaskan oleh O’Hara untuk menyimpan semua laporan dan data tentang emas di dalam komputernya supaya pelabur-pelabur dapat maklumat terbaharu tentang projek cari gali emas di hutan itu. Malique juga mampu menggodam maklumat dalam system komputernya dengan virus ciptaannya.
·         Sayang akan alam semula jadi. Walaupun Malique membantu O’Hara menyediakan laporan tentang projek cari gali emas di kawasan hutan itu, tetapi dia berazam untuk menggagalkan projek itu supaya kawasan hutan tidak diceroboh. Dia telah menghapuskan semua data dan laporan yang tersimpan di dalam komputer melalui sistem virus yang diciptanya.
·         Reda pada ketentuan Yang Maha Kuasa. Malique berusaha menerima Tau sebagai bapanya setelah mengetahui keadaan sebenarnya. Dia sanggup tinggal di dalam hutan sehingga kakinya sembuh dan enggan mengikut Jennifer pulang ke Melaka.
·         Taat kapada ibu. Malique mengikut O’Hara masuk ke dalam hutan itu atas araha ibunya walaupun dia tidak mengenali lelaki Inggeris itu. Malique juga tidak mendesak ibunya memberitahu tentang asal-usulnya untuk menjaga hati ibunya. Apabila dia berada di dalam hutan, dia berasa kesal kerana meninggalkan ibunya seorang diri di Melaka. Perasaan bersalah itu timbul setelah mendengar cerita Roslan yang tidak mahu berhijrah ke mana-mana kerana tidak mahu meninggalkan keluarga.
·         Tidak lupa asal-usul. Maliqeu tidak membantah apabila dia dicalonkan untuk menjadi ketua kaumnya bagi menggantikan Ludin. Dia juga kembali ke kampungnya untuk berbakti kepada masyarakat kampung dan penduduk Dahan Hijau dengan projek literasi komputer.
TAU.
·         Lelaki orang asli dari suku Semai. Berusia dalam lingkungan 40-an.
·         Bertubuh tegap, sasa dan berkulit hitam.
·         Gemar menghisap rokok daun.
·         Mahir dalam mengesan sesuatu di dalam hutan. Dengan kemahirannya itu, dia berjaya mencari Jacinta yang hilang di dalam hutan.
·         Pendiam. Tau hanya bercakap perkara yang penting. Ketika Amira diselamatkan daripada mati lemas, hanya Itai yang bercakap.
·         Penyayang. Dia amat menyayangi anak-anaknya Sabi dan Itai. Ketika Sabi masih kecil, dia sering member Sabi makan daging bakar yang menjadi kegemaran kanak-kanak itu. Ketika merawat Malique, dia tetap menyediakan daging bakar untuk Malique kerana dia yakin bahawa Malique ialah Sabi. Tau merana dan sasau apabila Sabi dilarikan oleh isterinya Ipah atau Jennifer. Tau juga tidak menyerang Itai ketika Malique diselatkan, sebaliknya dia menyerang Roslan dan Pak Lias. Hal ini disebabkan Itai ialah anaknya.
·         Sanggup berkorban. Tau sanggup mengahwini adik angkatnya Ipah yang berketurunan Inggeris demi abangnya Ludin. Jika Ludin yang berkahwin dengan Ipah, Ludin tidak berpeluang menjadi ketua masyarakat orang asli itu. Dia berbuat demikian kerana masyarakat orang asli tidak menerima kehadiran Ipah.
·         Baik hati. Dia bersusah-payah selama empat jam mencari Jacinta yang hilang di hutan. Ia juga membantu kumpulan Profesor Zaidah mencari bahan arkeologi di Gunung Gua Gajah.
·         Bengis. Perwatakannya berubah menjadi bengis apabila menyarung bulu beruang ditubuhnya. Dia menculik seorang pekerja pencari gali emas dan menyeksa orang itu. Dia juga bertindak ganas menyerang Pak Lias apabila Malique diselamatkna pleh kumpulan yang diketuai oleh Itai.
·         Mengakui kesilapan. Tau meminta maaf daripada Pak Lias atas sikapnya yang ganas terhadap Pak Lias ketika dia dipengaruhi roh beruang kerana memakai bulu binatang itu.
LUDIN.
·         Ketua kampung orang asli suku Semai.
·         Anak kepada Jidin dan abang sulung Tau.
·         Sayang akan hutan. Setelah mendengar penjelasan Profesor Zaidah bahawa projek mencari bahan arkeologi akan membantu mengekalkan kawasan hutan, Ludin sedia membantu menggali kawasan perkuburan walaupun tindakannya itu akan mendapat bantahan keras daripada anak-anak buahnya.
·         Amanah terhadap tanggungjawab sebagai ketua kampung. Walaupun Itai anak saudaranya, Itai tetap dibicarakan di mahkamah orang asli kerana melanggar peraturan menjaga hasil hutan. Itai dikurung selama dua hari sementara menunggu perbicaraan kerana membawa Amira ke sungai yang mengandungi emas.
·         Sayang akan adik. Ludin amat menyayangi Tau. Dia memahami perasaan Tau dan tidak mendedahkan rahsia Tau yang bersembunyi di sebalik bulu beruang. Apabila mengetahui Tau sedang berganas di atas gunung, dengan segera dia mendaki gunung dan bertindak menahan Pak Lias daripada memarang Tau. Dia juga memaksa Jennifer menceritakan keadaan sebenar dan mengakui bahawa Tau itu suaminya.
·         Pendengar yang setia. Dia tekun mendengar penjelasan Profesor Zaidah tentang arkeologi.
·         Berfikiran rasional. Dia memberikan kerjasama terhadap projek Profesor Zaidah atas rasional projek tersebut yang dapat memelihara hutan dan budaya orang asli. Ludin juga menasihati Tau supaya membebaskan diri daripada penyamaran sebagai beruang dan tidak mengganggu orang lain dengan tindakan misterinya.
·         Mahir dalam rawatan berasaskan herba. Ludin dapat mengubati pergelangan tangan Profesor Zaidah yang retak akibat kemalangan dengan menggunakan rawatan berasaskan herba.
PROFESOR ZAIDAH.
·         Pakar arkeologi yang berasal dari Kedah dan pensyarah si sebuah institusi pengajian tinggi.
·         Berusia 40-an dan merupakan ibu Amira dan isteri kepada Amir. Berasal dari Kedah.
·         Cekal. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan kerja-kerjanya antaranya anaknya Amira hamper mati lemas, Jacinta hilang di hutan, diganggu oleh orang asli, kumpulan pembalak dan kumpulan pencari gali emas, Profesor Zaidah tetap meneruskan projek mencari gali bahan rkeologi di hutan itu.
·         Bersikap profesionalis dalam menjalankan tugas. Profesor Zaidah bersikap professional terhadap tugasnya di dalam hutan. Dia memasukkan maklumat penemuannya di dalam system komputer. Apabila berhadapan dengan pelbagai masalah, Profesor Zaidah tetap tenang sehingga tidak diketahui oleh ahli kumpulannya.
·         Sikap suka membantu. Profesor Zaidah membantu Malique mendapatkan sumber kewangan bagi menjayakan projek teknologi komunikasi di kampung orang asli. Profesor Zaidah juga memberikan motivasi kepada Jacinta supaya menerima ibu tirinya dan redha dengan kematian ibunya. Profesor Zaidah juga membantu menyelesaikan konflik keluarga Tau.
·         Bersikap tegas. Walaupun Amira dan Jacinta bukan pelajar universiti yang terlibat dalam kerja mencari gali bahan arkeologi, namun Profesor Zaidah tetap tegas supaya mereka juga mematuhi peraturan.
·         Tidak meninggi diri. Profesor Zaidah sedia mendengar nasihat Pak Lias supaya memberikan perhatian lebih kepada Amira walaupun Pak Lias hanyalah pemandunya.
DR. ZAWAWI.
·         Pembantu Profesor Zaidah dalam projek cari gali bahan erkeologi.
·         Masih bujang dan dia diminati oleh Jacinta.
·         Setelah selesai projek cari gali bahan arkeologi yang diketuai Profesor Zaidah, dia bekerja dalam pihak swasta untuk mengesan khazanah Melayu yang hilang dan tenggelam di dalam laut.
·         Mudah mengalah. Setelah menghadapi pelbagai halangan dan Profesor Zaidah pula mengalami kemalangan, Dr. Zawawi mencadangkan supaya projek ditangguhkan sehingga membawa pertengkaran kecil dengan Profesor Zaidah.
·         Komited pada tugas. Dr. Zawawi menjalankan tugasnya sebagai pembantu Profesor Zaidah walaupun dia mula lemah semangat. Dia mengikut Tau ke Gunung Gua Gajah untuk mencari bahan arkeologi atas arahan Profesor Zaidah.
PAK LIAS.
·         Nama sebenarnya ialah Alias.
·         Bekerja sebagai pemandu dan telah lima belas tahun bekerja dengan Profesor Zaidah.
·         Telah berkeluarga dan isterinya bernama Kak Ani yang berniaga secara kecil-kecilan di kawasan kuarters. (halaman 81)
·         Bertanggungjawab. Dia bertanggungjawab menjaga keselamatan Profesor Zaidah. Apabila kereta pancuan empat roda mengalami kerosakan sistem brek, dia berusaha memusing stereng menghimpit tebing bukit bagi mengelakkan kereta itu daripada masuk ke dalam gaunh. Dia juga menarik Profesor Zaidah yang pengsan keluar dari kereta supaya tidak hanyut dibawa arus deras dalam kemalangan itu. Dia juga menjaga keselamatan semua penghuni Desa Karpus.
·         Mahir bersilat. Dia dapat mengalahkan Tau yang sedang mengganas dengan kemahiran silat gerak songsang yang dipelajari daripada Kiai Rashid.
·         Sedia memaafkan kesalahan orang lain. Pak Lias memafkan Tau yang telah bertindak untuk cuba membunuhnya apabila lelaki itu memohon maaf dan mengakui kesalahannya.
JENNIFER.
·         Wanita Inggeris berasal dari Australia dan anak kepada pasangan Ridley dan Brenda.
·         Nama lain ialah Samantha dan Ipah.
·         Berumur 40-an dan merupakan ibu Malique atau Sabi dan Itai.
·         Hidup dalam kumpulan orang asli sejak kecil apaila dia terselamat dalam nahas kapal terbang.
·         Sayang akan anak. Dia membawa Sabi bersama apabila lari dari hutan mengikut Johnny. Dia berazam untuk kembali ke hutan bagi mengambil anak keduanya Itai tetapi gagal kerana Johnny telah meninggal dunia. Jennifer sanggup dating ke hutan itu semula apabila mengetahui anaknya Malique hilang.
·         Cinta akan hutan. Dia berusaha untuk membawa Malique masuk ke dalam hutan supaya Malique mengenal tempat asalnya. Untuk tujuan itu dia menyuruh Malique mengikut O’Hara. Jennifer juga berharap agar pasukan pencari gali bahan arkeologi Berjaya dalam misinya supaya hutan itu kekal. Hal ini dinyatakan ketika dia berbual-bual dengan Jacinta.
·         Mengakui kesalahan. Jennifer mengakui kesalahannya meninggalkan Tau dan Itai dengan memberikan alas an bahawa dia disingkirkan oleh kumpulan orang asli.
ROSLAN.
·         Pemandu kumpulan pencari gali emas.
·         Sayang akan keluarga menyebabkan dia tidak mahu berpindah ke tempat lain untuk mencari pekerjaan tetap kerana ingin menjaga ibunya ynag telah tua.
·         Bertanggungjawab. Dia berusaha mencari Malique dan seorang pekerja pencari gali emas yang telah hilang. Dia juga membuat laporan  kepada O’Hara tentang tingkah laku pekerja-pekerja sepanjang ketiadaan O’Hara di hutan itu.
JOHN O’HARA.
·         Pakar dalam mengesan dan menilai kandungan emas di sesuatu kawasan. Ahli Aussie Gold Prospector Association (AGPA).
·         Dia diupah oleh syarikat pencari gali emas yang berpusat di Pulau Pinang untuk menganalisis kandungan emas di hutan itu.
·         Lelaki Inggeris separuh umur yang berasal dari Australia.
·         Ada parut di pipinya kerana tercedera ketika bekerja di lombong opal di Australia.
·         Dia diamanahkan oleh Jenifer supaya menjaga keselamatan Malique ketika di dalam hutan.
WATAK-WATAK LAIN.
·         Rusdi – pelajar Profesor Zaidah dan menjadi ketua kumpulan pelajar pencari gali bahan arkeologi.
·         Fazilah dan Harissa – pelajar Profesor Zaidah.
·         Ah Chin – ketua pekerja pencari gali emas.
·         Ridley – bapa Jennifer yang bertugas sebagai pensyarah sebuah unversiti di Australia. Pegkaji spesis reptilian di Asia Tenggara. Dia mati dalam nahas kapal terbang yang dipandunya.
·         Johnny – orang upahan pihak tertentu untuk menjari Jennifer, anak Ridley di dalam hutan itu. Dia bertanggungjawab melarikan Jennifer dan memecahbelahkan keluarga Tau.
·         Jidin – ketua kampong di perkampungan orang asli. Dia ialah bapa Ludin dan Tau. Dia telah menyelamatkan Samantha atau Ipah atau Jennifer yang tercampak dari kapal terbang lalu memeliharanya sebagai anak angkat.




LATAR.
LATAR MASA
LATAR TEMPAT
PERISTIWA
Malam
Di dalam kereta api
Amira dan Jacinta menuju ke stesen Dahan Hijau untuk ke Bukit Mat Raya yang terletak di Banjaran Titiwangsa.

Berhampiran Desa Karpus, Bukit Mat Raya.
Tau bertinggung di atas banir besar sambil meningati peristiwa isterinya Ipah meniggalkannya dan teringat keseronokan hidup ketika kecil.
Pagi
Stesen kereta api Dahan Hijau
Amira dan Jacinta menunggu kedatangan Pak Lias untuk ke Bukit Mat Raya.

Air Terjun Angin, Bukit Mat Raya
1.       Amira dan Jacinta berkenalan dengan Malique.
2.       Amira tergelincir lalu hanyut di dalam sungai ketika menunggu Malique.
3.       Jacinta sesat di dalam hutan.
Tengah hari
Sungai Bukit Mat Raya
Amira berkenalan dengan Itai. Itai membakar ikan sebagai makanan tengah hari Amira yang abahru diselamatkan daripada mati lemas.
petang
Perkampungan orang asli, Bukit Mat Raya
Amira melawat Itai yang telah dikurung selama dua hari kerana melanggar peraturan orang asli.

Stesen Dahan Hijau dan kawasan hutan Bukit Mat Raya
Jennifer dating ke hutan itu apabila mengetahui anaknya Malique hilang di dalam hutan itu.

Melaka
Ibu Malique menetap di Melaka.

Pantai Batu Feringghi
1.       Banglo keluarga Jacinta terletak di situ.
2.       John O’Hara dan Malique mengadakan mesyuarat dengan pelabur-pelabur projek cari gali emas.

Kulim, Kedah
Profesor Zaidah berasal dari Kedah.

Australia
Ibu bapa Jennifer dan O’Hara berasal dari Australia.

Paris
Jacinta melanjutkan pelajaran dalam bidang reka fesyen di samping membantu perniagaan bapanya.

Kuala Lumpur
Amira melanjutkan pelajaran dalam bidang aeroangkasa di universiti.

Gunung Gua Gajah
1.       Kumpulan Profesor Zaidah yang diketuai Dr. Zawawi mengikut Tau ke gua itu dan menemui banyak artifak sejarah antaranya lukisan di dinding gua.
2.       Malique disembunyikan oleh Tau.

LATAR MASYARAKAT.
LATAR MASYARAKAT
HURAIAN
Masyarakat orang asli suku Semai
Ludin, Tau dan Itai ialah anggota masyarakat orang asli yang mahir dalam ilmu perhutanan. Mereka cekap mengesan sesuatu di dalam hutan. Mereka juga mahir dalam ilmu perubatan berasaskan herba.
Masyarakat cendiakawan
Kumpulan Profesor Zaidah yang terdiri daripada Dr. Zawawi, Rusdi dan pelajar-pelajar universiti merupakan masyarakat cendiakawan dalam bidang arkeologi. Malique, Itai dan Jacinta juga termasuk dalam golongan ini kerana mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dalam bidang masing-masing.
Masyarakat yang mencintai alam semula jadi.

Ludin, Tau, Itai, Malique, Jennifer dan kumpulan Profesor Zaidah amat mencintai hutan dan keindahan alam semula jadi. Tau bertindak terhadap pembalak dan pekerja cari gali emas kerana dia menganggap kumpulan itu akan memusnahkan kawasan hutan.
Masyarakat yang saling membantu.

1.       Itai, Ludin dan Tau membantu kumpulan Profesor Zaidah mencari gali bahan artifak. Ludin menunjukkan dan membenarkan kawasan perkuburan dijadikan tempat kajian.
2.       Tau membawa kumpulan pengkaji bahan arkeologi ke Gunung Gua Gajah untuk mendapatkan bahan sejarah tinggalan masyarakat zaman purba.
Masyarakat yang mencintai ilmu
1.       Ludin mendengr penerangan Profesor Zaidah tentang bidang arkeologi dengan bersungguh-sungguh sehingga dia membenarkan kawasannya dijadikan tempat kajian.
2.       Itai yang pernah menang dalam pertandingan Saintis Muda dengan mengemukakan rawatan berasaskan herba, msaih berhasrat memperdalam ilmu pengetahuannya.
Masyarakat celik teknologi maklumat komunikasi dan pengguna teknologi itu
Amira mengendalikan laman web ibunya dan kerap mengemaskinikan laman tersebut dengan laporan penemuan bahan kajian arkeologi.
Masyarakat Inggeris Australia
1.       Ridley, Brenda dan bayi mereka Samantha terlibat dalam nahas kapal terbang yang membawa mereka kepada episode Samantha menjadi keluarga orang asli.
2.       John O’Hara juga berasal dari Australia dan datang ke negara ini kerana kepakarannya dalam kerja-kerja menilai kandungan emas.
Masyarakat usahawan
Kumpulan pembalak, pencari gali emas dan bapa Jacinta tergolong dalam golongan usahawan. Mereka mencari peluang perniagaan tanpa menghiraukan kemusnahan alam akibat aktiviti mereka.
Masyarakat pelajar remaja
Amira, rakan-rakan kolej, Itai dan Jacinta merupakan pelajar yang menjadi tonggak cerita secara aktif.
GAYA BAHASA.

1. Simile
Contoh:
Nafasnya naik turun kerana bagai mengejar kelajuan Itai melangkah.
2. Personifikasi
Contoh:
        Ketika itu jugalah seorang lelaki menerkam lalu menikam bertalu-talu ke arah dada
        haiwan itu menyebabkan haiwan itu meraung dan dia akan tersedar dari tidurnya.
3. Hiperbola
Contoh:
        “Aku minta maaf kerana apa yang telah berlaku kerana ketika itu aku bukan manusia.
Aku masih dipengaruhi oleh roh beruang yang menguasai kulit itu”
4. Sinkope
Contoh:
 “Oi... kau  tak teringin benda ni?” Amira bersuara dengan kuat untuk menarik
perhatian Jacinta.
5. Inversi
Contoh:
 Kita hanya perlu berjalan mungkin satu atau dua jam dan di sana kamu nanti semua
boleh lihat sendiri apa yang saya maksudkan.
6. Kata Ganda
Contoh:
        Jidin menyelak  daun-daun hijau dan pertama yang dia lihat adalah mata biru
Samantha.
7. Peribahasa
Contoh:
 Akhirnya ikan akan pulang ke lubuk jua walaupun kita cuba menghalang takdir.
    

1 comment: